Dapat resepi ni dari blog Kak Ummi Zaihadi. Saja nak menambahkan variasi puding karamel di sini. Thanks untuk Kak Ummi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Karamel Lapis Coklat

Dapat resepi ni dari blog Kak Ummi Zaihadi. Saja nak menambahkan variasi puding karamel di sini. Thanks untuk Kak Ummi.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bahan B :
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
  • Bahan C :
  • 2 sudu besar gula – hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)
CARA PENYEDIAAN
  • Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  • Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
  • Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  • Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
  • Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
  • Potong dan hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN