resipi yg sangat senang. buat utk open house.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Jelly Laici dengan Sos Custard
resipi yg sangat senang. buat utk open house.
BAHAN-BAHAN
- untuk jelly nya :
- 2 tin laici
- 3 kotak serbuk jelly (saya guna perisa strawberry)
- 1.2 litter air (ikut brand jelly yg anda gunakan)
- untuk sos custard :
- 1 sk tepung custard
- 1 biji telur
- 1 tin susu cair (400g)
- 1 tin susu segar/fresh milk (gunakan tin susu cair utk sukat)
- 1 1/2 sb gula
CARA PENYEDIAAN
- untuk jelly : ambil buah laici dan buangkan airnya. setiap buah laici itu dipotong empat.
- panaskan air di dalam periuk, perlahan-lahan masukkan serbuk jelly tu. kacau sehingga ianya tidak lagi berbuih lebih kurang 5 minit. (kalau guna brand lain, sila ikut arahan pada kotak)
- apabila sudah masak, masukkan buah laici ke dalam jelly tersebut, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sekurang-kurangnya selama 3 jam.
- untuk sos custard : di dalam periuk, didihkan susu cair dan susu segar bersama gula.
- sementara itu, masukkan tepung custard serta telur ke dalam mangkuk dan kacau rata. (jangan bagi ada ketulan)
- apabila susu mendidih, tutupkan api. ambil 3 senduk susu tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk yang mengandungi tepung custard. kacau dengan cepat guna whisk, jangan bagi ada ketulan.
- nyalakan api balik. masukkan susu yang bercampur dengan custard ke dalam periuk yang mengandungi susu tadi secara perlahan-lahan dan kacau dengan cepat.
- apabila sudah mendidih, tutupkan api.
- sejukkan custard tersebut dan bolehlah dihidangkan dengan jelly tersebut.
- ni gambar serbuk jelly yg saya guna, brand nona.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.