mudah dan cepat disediakan. resipi dari ibu saudara,
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pudding Lapis
mudah dan cepat disediakan. resipi dari ibu saudara,
BAHAN-BAHAN
- 6 biji telur
- 280 g gula pasir (boleh dikurangkan jika mahu kurang manis)
- 3 sudu makan tepung custard
- 1 tin susu cair/evaporated milk (400ml)
- 400 ml air
- 1 sudu teh vanilla
- sedikit serbuk koko & perwarna merah (pilihan warna ikut citarasa masing-masing)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan tepung custard, gula dan telur ke dalam bekas dan kacau hingga gula larut.
- Masukkan susu cair, air dan vanilla dan kacau sehingga rata.
- Tapis adunan dan bagi kepada tiga bahagian di dalam mangkuk yang berasingan.
- Warnakan sebahagian merah, sebahagian lagi dibancuh dgn koko dan satu lagi warna asal.
- Masukkan adunan berwarna coklat (koko) kedalam bekas dan kukus sehingga masak. Setelah masak, lapiskan adunan yang berwarna asal di atasnya dan kukus sekali lagi sehingga masak. Akhir sekali masukkan adunan berwarna merah dan kukus lagi sehingga masak. Setelah itu boleh lah dihidangkan. (lebih sedap jika disejukkan di fridge dahulu sebelum dihidangkan)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.