resepi dari ibu mertua kakak yang saya ubah sedikit

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pudding Caramel

resepi dari ibu mertua kakak yang saya ubah sedikit

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur (A/B)
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair (ideal/dairy champ)
  • 3/4 tin air (mineral) (sukat mengikut tin susu cair)
  • 2 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar (rata) tepung aiskrim (perasa Vanilla)
  • Sedikit pewarna kuning
  • 3 sudu besar gula (untuk buat karamel)
CARA PENYEDIAAN
  • masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang panaskan gula hingga cair (jangan terlalu hitam nanti karamel pahit) cukuplah hingga kuning keemasan
  • pukul telur dan gula hingga gula hancur (jangan terlalu kembang cukuplah sehingga gula hancur)
  • kemudian masukkan esen vanilla, susu cair, air gaul sebati masukkan pewarna kuning dan akhir sekali masukkan tepung aiskrim gaul sebati.
  • tapiskan adunan cair tadi ke dalam loyang karamel.
  • Kukus 10-15 minit.
  • sejukan pudding baru di simpan didalam peti ais lagi sejuk lagi sedap.
  • bila hendak menghidang pastikan puding diterbalikkan ke dalam pinggan hidangan pastikan kedudukan karamel di bahagian atas….
  • boleh ditambah dengan buah-buahan campuran di dalam tin ketika menghidang…
    selamat mencuba….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN