Poulet Basquaise

Masakan Perancis yang telah diolah (versi Melayu) oleh saya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Poulet Basquaise

Masakan Perancis yang telah diolah (versi Melayu) oleh saya.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam dipotong lapan
  • 1/2 sudu kecil Red Tobasco (jika suka)
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 2 ulas bawang merah dicincang
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 batang serai dipotong nipis
  • Sedikit lada hitam yang ditumbuk
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah dihiris bulat
  • 2 biji cili hijau dihiris bulat
  • Garam, gula dan kunyit secukup rasa
  • Sedikit perahan lemon atau limau nipis
CARA PENYEDIAAN
  • Perap ayam bersama tobasco, bawang putih, bawang merah, mayonis, lada hitam, garam, gula dan kunyit. Biarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  • Keluarkan daripada peti sejuk, gaulkan dengan perahan lemon atau limau nipis dan ramas-ramaskan ayam tadi supaya rencahnya meresap masuk. Biarkan seketika pada suhu bilik.
  • Goreng bawang besar, cili merah, cili hijau dan serai sehingga layu dan naik bau. Angkat dan toskan. Gunakan bahan-bahan yang digoreng ini untuk kaedah memasak ayam menggunakan ketuhar.
  • Cara memasak ayam boleh dibahagikan kepada 2 iaitu menggunakan ketuhar atau menggoreng.
  • Untuk kaedah ketuhar, gaulkan ayam diperap tadi bersama bahan-bahan yang digoreng tadi. Masukkan di dalam bekas dan masak di dalam ketuhar selama 45 minit atau hingga ayam masak. Bolehlah dihidangkan.
  • Untuk kaedah menggoreng, goreng ayam yang diperap tadi di dalam minyak yang tidak terlalu banyak. Bila hampir masak masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan serai. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago