Gambar langkah demi langkah. Resipi olahan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Popia Basah Umie

Gambar langkah demi langkah. Resipi olahan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telur
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • Secubit garam
  • Bahan untuk inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri):
  • 1/2 biji kubis – diricih halus
  • 3 biji sederhana besar lobak merah – disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • **Kisar bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
  • Bahan untuk sambal:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** Kisar cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan.
  • Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2 jam.
  • Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya – lihat gambar).
  • Buat dari arah jam.
  • Mulakan dari tepi dulu.
  • Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  • Setelah rata – bulat…..biarkan sampai tepung masak sebentar.
  • Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis (tak lekat).
  • Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  • Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.
  • Lipat macam biasa dan gulung.
  • Sedia untuk dimakan :)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN