Kek keju mudah. Resipi tiramisu umi-e, terus jadi kek keju.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Plain Cheese Cake
Kek keju mudah. Resipi tiramisu umi-e, terus jadi kek keju.
BAHAN-BAHAN
- Biskut Marie- dalam 10-15 keping (dihancurkan di dalam beg plastik)
- 50gm mentega-cairkan
- 200ml whipping cream
- 250 gm cream cheese(philadelphia)
- 1/2cawan gula kastor
CARA PENYEDIAAN
- Lapisan bawah (‘base’):
- -gaulkan biskut Marie yang telah dihancurkan dengan mentega cair.
- -Tekan kan ke dalam bekas (loyang) berukuran 7″ or 8″.
- -Tutup dengan pembalut plastik & masukkan dalam peti sejuk.
- Putar krim keju, krim & gula sehingga kembang.
- Tuangkan ke atas lapisan bawah (biskut marrie yang dihancurkan) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 155C selama 45 minit.
- Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keju beku sebelum dihidangkan.
- Nota: Ampun ya Umie, resipi tiramisu saya dah ubahsuai jadi kek keju pulak. Pertama kali guna krim putar, ke hulu ke hilir bawa krim tu, dah cair, jadi takde pilihan jadikan sebatian tu kepada kek keju. Kalau tak, kena buang. Membazir.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.