Ala-ala pizza hut

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pizza Mudah

Ala-ala pizza hut

BAHAN-BAHAN

  • 180 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar yis mauripan – rendam dgn air suam selama 30 minit
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Secubit garam
  • Air (sukatan air bergantung agar doh tidak melekat di jari)
  • Keju Mozarella *
  • Mayonis *
  • Sos Cili / Sos Tomato / Sos Pizza
  • Topping kesukaan (Sosej, bawang besar, ayam, cendawan, nenas, tuna dll) – ikut kesukaan
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan tepung gandum, yis, minyak, garam dan air.. Uli hingga sebati dan doh tidak melekat di tangan.. Biarkan doh selama 1 1/2 jam – 2 jam..
  • Setelah doh telah naik, leperkan doh tersebut..
  • Sapukan sos cili dan mayonis di tengah-tengah. Letakkan topping yang disukai dan taburkan keju di atasnya.
  • Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 180 C selama 22 minit.
  • ** Untuk mempercepatkan doh naik, tutup doh tersebut dengan tuala kecil basah..
  • ** Untuk memastikan pizza sudah masak, tekan / cucukkan garpu di tengah pizza.. Jika tepung tidak melekat tandanya pizza sudah masak..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN