Pizza mudah. Resepi tiru kawan-kawan bloggers dengan beberapa pengubahsuaian.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pizza Gebu

Pizza mudah. Resepi tiru kawan-kawan bloggers dengan beberapa pengubahsuaian.

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm tepung gandum/roti
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh yis kering/mauripan (campur 1/2 cawan air suam, biar hingga kembang)
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1/2 biji capsicum hijau dan merah (topping)
  • 4 batang sosej dipotong bulat nipis (topping)
  • 1/2 biji bawang besar didadu (topping)
  • Serbuk oregano, sos pizza dan keju mozzarella
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan semua bahan kecuali yis
  • Masukkan yis sedikit-sedikit sambil menguli.
  • Uli hingga doh menjadi lembut & licin tak melekat di tangan. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan hingga naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk doh untuk buang angin dan canai membentuk bulat seperti pizza biasa.
  • Cucuk permukaan doh dengan garfu. Sapukan sos pizza kemudian letakkan bahan topping mengikut citarasa.
  • Akhir sekali taburkan serbuk oregano & keju mozzarella dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 min.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN