Bagaimana cara nak masak Pindang Pucuk Ubi?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Pindang Pucuk Ubi
Bagaimana cara nak masak Pindang Pucuk Ubi?
BAHAN-BAHAN
- 1 ikat pucuk ubi muda
- 2 cawan air
- 2 helai daun kunyit (dihiris kasar)
- 2 biji cili merah (dihiris kasar)
- 7 biji cili api (diketuk)
- 7 biji bawang merah
- Garam secukup rasa
- 1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
- 5 biji cili api
- 5 biji cili merah
- ½ cawan air
- 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
Bahan A
Bahan B (Sambal)
CARA PENYEDIAAN
- Asingkan daun pucuk ubi dari batangnya. Basuh dan tuskan.
- Panaskan air bersama daun kunyit, cili merah, cili api, bawang merah, dan garam sehingga mendidih.
- Masukkan pucuk ubi dan masakkan lagi sehingga mendidih dan lembut.
- Tumbuk semua bahan B kecuali jus limau.
- Gaul rata bahan tumbuk, jus limau, dan garam.
- Hidangkan bersama pucuk ubi tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.