Sajian pengantin, makan hari2 pun sedap. Masa memasak 1 jam. Ilham dari majalah sajian jelita bil:31, keluaran tahun 1988 kut..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Petis Hati

Sajian pengantin, makan hari2 pun sedap. Masa memasak 1 jam. Ilham dari majalah sajian jelita bil:31, keluaran tahun 1988 kut..

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm hati lembu
  • 300 gm limpa
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 3 btg serai
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas di titik
  • Sedikit belacan, jika suka
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping gula kerek
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 10 biji lada hijau untuk hiasan
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Ketumbar n jintan putih disangai ( goring tanpa minyak ) pastu di mesin halus.
  • Bwg besar, bwg putih, serai, halia, lada kering, n belacan di mesin halus
  • Tumis bahan-bahan yang dimesin tadi dan lengkuas, sehingga garing n naik baunya..
  • Masukan hati n limpa yang telah di potong kecil2..anggaran 1 inci besarnya..
  • Masukan pula air n gula kerek biarkan ia mendidih..
  • Apabila hati n limpa dah empok n kuahnya dah agak pekat sedikit, masukan garam secukup rasa, gula pasir n air asam jawa..kacau rata..
  • Apabila rasanya dah ok..masukan lada hijau yang telah di belah 2 tapi jangan putus..kacau rata n tutup api..siap untuk di hidang..
  • Masakan yag enak apabila rasa masam, masin n manisnya senada n seirama..macam lagu jugak..Selamat mencuba..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN