Popular di kg negri sembilan. Selera org lama.. Tapi awas! Baunya kuat, tapi sedap bila di buat ulam atau digulai semula. Sesuai untuk recycle petai-petai lama daripada hitam atau terbuang sahaja.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Petai Jeruk
Popular di kg negri sembilan. Selera org lama.. Tapi awas! Baunya kuat, tapi sedap bila di buat ulam atau digulai semula. Sesuai untuk recycle petai-petai lama daripada hitam atau terbuang sahaja.
BAHAN-BAHAN
- Petai lama atau baru. Yang dah layu hitam2 pun boleh pakai lagi.
- Garam
- Botol kosong
CARA PENYEDIAAN
- Didihkan air dalam periuk, rebus petai dengan kulit-kulit sekali sampai layu.
- Buang air rebus. Picit petai keluar dari kulit. Petai direbus tadi licin dan senang keluar.
- Guna air masak kacau 2-3 sudu besar garam atau ikut bnyk petai. Masukkan petai dalam botol, tuang air garam sampai tenggelam dan tutup kemas. Siap dipakai dlm seminggu dua atau ikut rasa.
- Petai jeruk ni bau air jeruknya ya robii memang pekung sebelum guna bilas dulu. Digulai semula dengan ikan lemak cili padi memang terangkat!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.