Resipi Mak Yang Paling Disayangi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pencuk Ikan Keli Salai

Resipi Mak Yang Paling Disayangi

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ikan keli
  • 200 ml santan pekat
  • sebiji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas ubi cekur
  • 2 genggam cili api (jenis kecil)
  • 5 helai daun cekur
  • sehelai daun kunyit
  • 2 keping asam gelugor
  • 100 ml santan cair
  • 2 inci kunyit hidup
  • minyak untuk menumis
  • Limau nipis & asam jawa secukupnya (untuk mencuci ikan)
  • garam secukup rasa
  • Daun pisang untuk membalut ikan semasa salai
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan keli dan basuh bersih lenidr2nya. Setelah bersih, rendam dengan air perahan limau nipis dan asam jawa. Biarkan seketika. Cuci bersih kembali ikan tersebut. Lumurkan garam dan kunyit sebelum disalai. Balut dengan daun pisang sebelum salai. (menggunakan oven pun boleh juga)
  • Bawang besar, isi kunyit hidup, bawang putih, serai, cili api, isi cekur dikisar. (Cili api kat rumah ni x de pedas sgt pun… sebab tu pakai banyak… lagipun tujuan utama penggunaan yg pedas ialah nak seimbangkan dengan rasa santan dan ikan tu)
  • Tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga keperangan. Kemudian masukkan santan pekat, asam gelugor dan juga gara. Biarkan ianya memekat dan kacau untuk mengelakkan pecah minyak.
  • Masukkan pula santan cair dan biarkan memekat juga. Hiris nipis daun kunyit dan daun cekur.
  • Ikan yang telah siap disalai boleh lah dimasukkan apabila kepekatan kuah telah mencapai seperti yg disukai. masukkan juga hirisan daun cekur & daun kunyit.
  • siap dihidangkan… sedap dimakan ketika waktu tengahari… best jugak sebagai lauk kenduri kendara :-)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN