Resipi pertama yang saya rasa nak dikongsi di Myresipi.com. Kuih ni saya buat untuk hari raya yang lepas. Sangat senang nak buat dan tak memerlukan banyak bahan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Peanut Butter Cookies

Resipi pertama yang saya rasa nak dikongsi di Myresipi.com. Kuih ni saya buat untuk hari raya yang lepas. Sangat senang nak buat dan tak memerlukan banyak bahan.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan Peanut Butter (Mentega Kacang)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 4 oz Coklat (dicairkan)
  • 1/2 cawan kacang yang dicincang
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan Peanut Butter, gula, dan telur sehingga sebati
  • Sejukkan di dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit
  • Keluarkan dan adun adunan menjadi 20 biji bola kacil
  • Letakkan di atas tin pembakar. Jarakkan bebola lebih kurang 2 inci
  • Dengan menggunakan garfu, tekan bebola untuk menjadi criss-cross pattern
  • Bakar di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 180 degree Celcius
  • Sejukkan di atas wire mesh selama lebih kurang 5 minit sementara mencairkan coklat
  • Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan kemudian celup ke dalam kacang yang telah dicincang
  • Letakkan di atas kertas minyak dan sejuk bekukan di dalam peti ais
  • Peanut Butter Cookies sudah sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN