Masakan Terengganu, makan petang – petang sambil nengok tv.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Paung Pulut
Masakan Terengganu, makan petang – petang sambil nengok tv.
BAHAN-BAHAN
- Bahan Untuk Inti Sambal Ikan
- 3 ekor ikan selar/kembung/selayang
rebus ngan asam keping dan garam pahtu perisikan (ambil isi ikan dan tumbuk) - 1 cawan santan
- 1/2 cawan kelapa parut
- 4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, satu inci halia ,satu inci lengkuas ,satu batang serai (semua tumbuk atau mesin halus)
- sedikit halba
- garam dan gula secukup rasa
- Bahan untuk Doh/Kulit
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- garam sikit
- 1/2 cawan kelapa parut
CARA PENYEDIAAN
- Buat Inti Sambal Ikan Dulu
- masukkan semua bahan kat dalam kuali, masak sampai kering. biarkan sejuk, sambil tu boleh buat kulit dia.
- Untuk buat doh/kulit
- campurkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam, masukkan air sikit – sikit.
- ambik sikit adunan, bulatkan pah tu leperkan, masukkan inti sambal ikan tadi, dah tu tutup balik. ni terpulang nak buat besar mana pun, saya buat kecik – kecik je, senang nak makan.
- goreng dalam minyak yang banyak, biar terendam. Bila dah kuning tu boleh angkat dan toskan minyak. makan sambil nengok bella petang – petang…..
- inti sambal ikan ni boleh simpan kat peti ais, nak buat inti karipap pun boleh, tahan lama janji masak tu sampai kering.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.