Resepi Kak Rahimah. Thank you. Pau ini jadi warna coklat try pakai soda bikarbonat rasanya sama cuma warna sahaja berbeza ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

3jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau Islamabad

Resepi Kak Rahimah. Thank you. Pau ini jadi warna coklat try pakai soda bikarbonat rasanya sama cuma warna sahaja berbeza ;)

BAHAN-BAHAN

  • tepung pau blue key 250g
  • mauripan atau yis 3 sudu kecil
  • custard sugar 50g
  • minyak jagung 3 sudu besar
  • air panas 120g
  • baking powder 1 sudu kecil
  • (*) air panas dilarutkan dengan custard sugar
  • alas pelapik pau boleh gunakan daun pisang atau kertas kosong berdiameter 3cm
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung, mauripan dan baking powder digaul satu dan diuli. Mudah jika gunakan mesin uli tepung, campurkan semua bahan dan uli selama 10minit.
    Masukkan minyak jagung dan uli lagi 10minit.
    Masukkan air (*) yang telah menjadi suhu bilik.
    Kemudian uli lagi selama 15minit atau sehingga permukaan doh menjadi licin. Lagi lama doh ini diuli, pau akan bertambah gebu.
    Buatkan bulat-bulat adunan doh anggaran 35gram sebiji. Perapkan selama 15minit.
    Leperkan semula adunan,masukkan inti dalamnya,kemudian dibentuk bulat semula.Letakkan pau di atas kertas atau daun pisang.Perap selama 35minit (jgn terlebih atau terkurang masanya).Masa menunggu ni,bolehlah jerangkan air kukusan.
    Kukus dengan suhu tinggi selama 15minit.
    Pau boleh disimpan di dlm freezer beku selama sebulan selepas di kukus.Nak makan semula perlu dikukus seperti biasa.
  • Kalau siapa-siapa nak makan inti kacang merah, cara buatnya mudah sahaja. Cuba ambil masa lama sedikit.
    Kacang merah anggaran 200gram direbus hingga empuk, kalau nk cepat gunakan pressure cooker dalam 10 minit aje ;)
    Buangkan air rebusan, kemudian kacang merah blend sampai hancur.
    Masak kacang merah yg dicampur sesenduk gula hingga airnya kering dalam 2jam dengan api perlahan. Kalau nk lagi manis tambahkan gula.
    Kalau nak senang, masukkan inti kacang merah dalam freezer terlebih dahulu jadi bila nak dibentuk buat inti mudah tidak berair.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN