Dapat dari Kedai Yummie Bakery Bandar Baru Bangi..Memang best lembut dan gebu sangat..Timer kasih sangat kat cina tu pasai bagi resepi..mungkin rezeki ibu mengandung kot..hehehe..so saya pun nak share resepi ni kat warga MYR ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau Gebu

Dapat dari Kedai Yummie Bakery Bandar Baru Bangi..Memang best lembut dan gebu sangat..Timer kasih sangat kat cina tu pasai bagi resepi..mungkin rezeki ibu mengandung kot..hehehe..so saya pun nak share resepi ni kat warga MYR ni.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan (A)
  • 300gm Air Suam
  • 220gm gula
  • 18gm Yis Segera – Mauripan
  • Bahan-bahan (B)
  • 920gm Tepung Pau
  • 180gm air
  • 1 sudu teh Bread Softener
  • 2 sudu teh Crescent Baking Powder
  • 2 sudu teh Minyak masak
  • NOTA KAKI=boleh tukar vegetable fat special for pau dengan vegetable shortening..Crescent Baking Powder tukar dgn baking powder biasa
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua Bahan A..air suam kedalam mangkuk tambah yis segera dan gula. Campur hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
  • Ayak tepung bersama crescent baking powder. Kemudian campurkan tepung tadi bersama bahan B yang lain dan campur dengan bahan A tadi. Uli dengan tangan atau masukkan kedalam mesin buat roti sehingga sebati dan menjadi doh.
  • Rehatkan doh 20 minit, kemudian bahagikan 30gm ke 50gm, Rehatkan lagi 10 minit
  • Bulatkan doh, masukkan kan inti ikut suka..contoh kacang ker, kaya ker, kari daging ker ikut suka…. dah siap masuk inti..Tutup dengan platik semua doh.. rehatkan lagi 20 minit ke 40 minit.. untuk naikkan doh tadi menjadi besar 2 kali ganda.
  • Kukus sehingga 10minit ke 15 minit.
  • Nota – Pau ni boleh goreng juga kalau xnak kukus…. memang sedap..
  • NOTA = Cara saya.. mengukus untuk dapatkan kulit pau cantik dan tidak menggerutu.. Balut penutup pengukus dengan kain, kalau boleh, guna tudung atau kain empat segi. balut seluruh tutup kukusan.. lepastu ikat lebihan kain dgn getah kat atas penutup…agar wap air tadi tidak akan jatuh pada pau. Ni pulak petua mama kastam tioman: mengukus pau, biasanya 5 minit aje dah cukup dengan api yang besar. Bila dah masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau tu dengan penutupnya sekali kebawah. Baru lah buka penutupnya. Kalu kita buka penutupnya semasa masih diatas api tu yang menyebabkan kulitnya mengerutu..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN