Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.Pada yg ingin menukar selera kpd pau bakar drpd pau kukus dan pau goreng.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Pau Bakar™

Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.Pada yg ingin menukar selera kpd pau bakar drpd pau kukus dan pau goreng.

BAHAN-BAHAN

  • Pastry A :-
  • 300 g tepung gandum – ayak
  • 125 ml air
  • 1 biji telur yg sedang – dikocok
  • 2 sb shortening/crisco
  • 1 sk garam halus
  • (Satukan semua bahan di atas dan uli hingga rata lalu dibahagi 12,bulat2kan dan perap 30 min.)
  • Pastry B :-
  • 200 g tepung gandum – ayak
  • 150 g shortening/crisco
  • 20 g gula powder – ayak
  • (Gaul tepung dan gula,masukkan shortening dan uli hingga rata dan di bahagi 12, bulat2kan dan perap 30 min.)
  • 1 merah telur + sedikit air atau susu cair – untuk disapu atas pau.
  • Bahan2 Inti :-
  • 300 g daging cincang
  • 1 batang lobak merah – potong dadu kecil
  • 3 biji bawang besar – potong dadu
  • 1 sb halia,bawang putih kisar
  • 1 sb serbuk jintan putih/halus
  • 1/2 sb serbuk lada sulah
  • 1 tin green peas
  • 1 sb tepung jagung
  • sedikit minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan inti dahulu,panaskan minyak dan tumis bawang besar,halia dan bawang putih kisar hingga garing dan masukkan daging,jintan dan lada sulah dan gaul dan masak hingga daging berubah warna.Masukkan lobak merah dan bubuh sedikit garam,kacau dan masak hingga empuk dan kering dan masukkan pula kcg peas dan tepung jagung dan kacau hingga benar2 rata.Biarkan inti benar2 sejuk.
  • Ambil 1 biji pastry A,leperkan sedikit dan masukkan 1 biji pastry B dan bulat2kan semula seperti bebola.Buat hingga kesemuanya habis.
  • Canai bebola memanjang sedikit dan gulung dan canai lagi dan gulung.
  • Doh yg digulung,dikerat 2.Bekas yg dikerat diterlungkupkan ke bawah.Canai bulat dan isi inti dan diponcotkan.Buat hingga habis, susun atas dulang pembakar dan biar bahagian poncotnya diatas.Sapu merah telur dan bakar hingga kuning keemasan atau hingga kelihatan garing.
  • ***Cara2 menyediakan doh pau ini lebih kurang sama seperti mmbuat karipap pusing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN