papa menternak patin jadi kena lah pelbagaikan resipinya..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

PATIN BAKAR DAUN KUNYIT

papa menternak patin jadi kena lah pelbagaikan resipinya..

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan patin sederhana besar
  • 7 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2″ halia *
  • 2″ kunyit hidup
  • 9 biji lada kecil ( ikut kepedasan sendiri ) *
  • 1 sudu besar gula *
  • 1 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 5 batang seri ( di titik )
  • 6 helai daun kunyit
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 sudu besar tempoyak ( tak bubuh pun tak apa )
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan patin di siang dan di bersihkan kemudian di cuci dengan sedikit cuka bagi menghilangkan baunya.
  • Bahan2 bertanda * di tumbuk lumat ( mama suka cara tradisional )
  • Masukkan jus limau nipis dan tempoyak
  • Gaulkan kesemua bahan tadi pada ikan patin tadi dan perap sebentar.
  • Alaskan pemanggang ajaib dengan 3 helai daun kunyit.
  • Susun ikan patin di atasnya. Letak serai dan taburkan daun kesum.
  • Tutup ikan tersebut dengan 3 helai lagi daun kunyit.
  • Tutup pemanggang dan bakar selama 15 minit.
  • Terbalikkan pemanggang dan bakar lagi selama 15 minit..
  • Sedia untuk di hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN