Sukatan untuk 4-5 ekor ayam. Jika di simpan dlm freezer, boleh tahan berbulan. Keluarkan dari freezer terlebih dahulu supaya paste cair dan boleh di gaul pd seberapa banyak ayam goreng yg di perlukan. Sesuai untuk majlis kenduri atau Hari Raya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Paste- ayam ungkep™

Sukatan untuk 4-5 ekor ayam. Jika di simpan dlm freezer, boleh tahan berbulan. Keluarkan dari freezer terlebih dahulu supaya paste cair dan boleh di gaul pd seberapa banyak ayam goreng yg di perlukan. Sesuai untuk majlis kenduri atau Hari Raya.

BAHAN-BAHAN

  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang besar
  • 20 ulas bawang putih
  • 10 batang serai
  • 20 sb ketumbar biji- di sangar
  • 3 buku halia
  • 2 buku kunyit hidup
  • 1 buku gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air asam jawa yang pekat
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan 1-7 di atas hingga halus.
  • Panaskan minyak masak(lebih kurang 1-2 mangkuk lauk)
  • Tumis bahan yang di kisar hingga naik minyak.
  • Tambah gula,garam dan air asam.Gaul rata dan masak hingga menjadi paste yang pekat.Jika perlu tambah garam,gula ikut selera.
  • Sejukkan paste ungkep sebelum di simpan di dalam sebuah bekas bertutup dan bolehlah di simpan di dalam freezer.
  • Ayam hendaklah digoreng dahulu sebelum digaul dgn paste ungkep dan dimasak atas api perlahan supaya ayam akan meresap pada rempahnya.Bubuh sedikit air jika perlu .Juga boleh di tambah bawang besar yang di hiris bulat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN