Nudeln mit Rahm Spinat – dalam bahasa Jerman. Bayam di Jerman lain sikit dari di Malaysia. Bayam segar juga mahal di sini. Kebanyakan resipi menggunakan bayam adalah menggunakan bayam beku bersama krim (Rahm Spinat). Paling senang, hanya cairkan bayam dalam krim tersebut bersama susu, dan terus sudah boleh dihidang bersama pasta. Namun, di bawah saya berikan resipi terperincinya. Mungkin anda boleh gantikan air tepung jagung untuk melikatkan kuah/sos ini dan guna bayam tempatan. Selamat mencuba.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pasta Dengan Krim Bayam

Nudeln mit Rahm Spinat – dalam bahasa Jerman. Bayam di Jerman lain sikit dari di Malaysia. Bayam segar juga mahal di sini. Kebanyakan resipi menggunakan bayam adalah menggunakan bayam beku bersama krim (Rahm Spinat). Paling senang, hanya cairkan bayam dalam krim tersebut bersama susu, dan terus sudah boleh dihidang bersama pasta. Namun, di bawah saya berikan resipi terperincinya. Mungkin anda boleh gantikan air tepung jagung untuk melikatkan kuah/sos ini dan guna bayam tempatan. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm spaghetti/pasta
  • 400 gm bayam
  • 1 sudu besar minyak masak (atau minyak zaitun)
  • 2 biji bawang putih – dicincang
  • 100 gm krim
  • 150gm krim masam (‘creme fraiche’)
  • Tambah susu segar kalau pekat sangat
  • Sedikit garam kalau suka masin
CARA PENYEDIAAN
  • Pasta direbus dalam air bersama sedikit minyak dan garam. Bila masak, angkat. Toskan. Gaul bersama marjerin atau minyak supaya melekat.
  • Dalam periuk, tumis bawang dalam minyak.
  • Masukkan krim, krim masam, bayam dan air tepung jagung, garam secukup rasa. Masak hingga pekat. Bolehlah dimakan bersama pasta dan parutan keju.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN