Masakan barat gaya orang bujang haha…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pasta Brokoli

Masakan barat gaya orang bujang haha…

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan pasta (saya guna pasta dari jenis elbows)
  • 150gm brokoli (dibelah-belah)
  • 1 ketul ayam (ambil isi sahaja, dipotong halus)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan stok ayam (stok ayam pekat maggi 1 sudu dibancuh dgn 1 cawan air)
  • garam & lada secukup rasa
  • 1/2 cawan keju cheddar blok yang telah diparut
  • 4 sudu minyak zaitun
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus pasta pilihan anda bersama sedikit garam. Dah lembut, toskan dan letak tepi.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan brokoli yang telah dibelah-belah ke dalam kuali dan kacau.
  • Masukkan isi ayam dan kacau.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.
  • Setelah isi ayam keputihan, masukkan stok ayam. Kacau dan biarkan dalam 5 minit.
  • Masukkan pasta dan tabur keju yang diparut.
  • Kacau sebati dan hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN