Resepi dari my mum. mudah n ringkas untuk disediakan..
Favourite my hubby..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Paru Goreng Berlada Simple

Resepi dari my mum. mudah n ringkas untuk disediakan..
Favourite my hubby..

BAHAN-BAHAN

  • Paru = 500 g
  • Lada merah = 7 batang (kalau suka pedas boleh tambah)
  • Bawang besar = 1 biji (yang sederhana)
  • Bawang putih = 3 ulas
  • Serai = 1 batang (dititik)
  • Serbuk kunyit = 1 sudu teh
  • Garam & gula = secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus paru sehingga lembut (Nak tau lembut atau tidak, cucuk paru pakai garfu)
  • Paru dipotong mengikut kesukaan masing-masing. Jangan terlalu nipis atau tebal
  • Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
  • Kisar bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN