Sedap dimakan dengan nasi panas

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Paprik Campur

Sedap dimakan dengan nasi panas

BAHAN-BAHAN

  • 200 gram isi ayam (di hiris nipis)
  • 4-5 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan tinggalkan bahagian ekor)
  • 1-2 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong bulat)
  • 2 biji bawang merah & 3 biji bawang putih (ditumbuk lumat atau dikisar halus)
  • 2 sudu cili boh
  • 2- 3 biji cili padi ( diketuk )
  • 2-3 sudu sos cili Lingham
  • carrot,brokoli,kacang panjang (dipotong kecil) dan tomato (dipotong baji
  • sedikit sos ikan (optional)
  • 3 helai daun limau purut (basuh dan ramas)
  • Gula,garam,sedikit air
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan kisar ditumis hingga naik bau.
    Masukkan cili boh dan kacau hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  • Masukkan udang,sotong,ayam dan gaul sehingga agak separuh masak.
  • Tambah sedikit air jika terlalu kering.
    Masukkan sayur2an dan gaul rata.
  • Masukkan sos cili Lingham dan sos ikan.Ramas sedikit daun limau purut dan masukkan ke dlm masakan.Masukkan juga tomato dan cili padi ketuk
  • Perasakan dengan gula dan garam.
    Siap dihidangkan.
  • Sedap dimakan dengan nasi panas atau nasik goreng kosong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN