Enak, mudah & ringkas disediakan
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
^ Paprik Ayam Mudah
Enak, mudah & ringkas disediakan
BAHAN-BAHAN
- ??700 gram ayam tanpa tulang / separuh ekor ayam bertulang
- ??1 inci halia diketuk
- ??3 ulas bawang putih diketuk
- ??1 biji bawang besar dipotong bulat
- ??1 batang serai diketuk
- ??4-5 helai daun limau purut
- ??3-4 biji cili padi (kalau nak pedas)
- ??sayur-sayuran: lobak merah, jagung muda, bunga kobis, kacang panjang, dsb
- ??1 sudu kecil sos ikan
- ??2 sudu besar sos tomato
- ??2 sudu besar sos cili
- ??2 sudu besar sos tiram
- ??garam dan gula jika perlu
- ??sedikit belacan (jika suka)
- ??minyak untuk menumis
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bawang putih dan halia yang diketuk sehingga wangi.
- Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan terlebih dahulu dan masak sehingga separuh masak. (boleh juga digoreng garam kunyit jika suka)
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, sos ikan, serai, limau purut, belacan (jika suka) dan sedikit air. Masak sehingga ayam masak.
- Masukkan cili padi dan sayur-sayuran. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Masak sehingga sayur agak layu sedikit dan sedia dihidang bersama nasi putih panas ^_~
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.