Project Description

Bagaimana cara nak masak Pangek Daging?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pangek Daging

Bagaimana cara nak masak Pangek Daging?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g daging (Dipotong kecil) 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 6 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji buah keras 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci kunyit
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih, buah keras, halia dan kunyit dikisar bersama)
  • 2 helai daun kunyit (Dihiris kasar) 
  • 2 cawan air 
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar. 
    2. Masukkan air, garam, dan daging. Kacau rata. 
    3. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya agak kering. 
    4. Kemudian masukkan daun kunyit yang dihiris kasar. Gaulkan sehingga sebati. 
    5. Sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.