Tiada telur, tiada produk tenusu. Sesuai untuk anak-anak yang ekzema). Lembut dan lembap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pandan Muffin

Tiada telur, tiada produk tenusu. Sesuai untuk anak-anak yang ekzema). Lembut dan lembap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula (manis..boleh kurangkan ikut selera)
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
  • 1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid atau di Malaysia-ENO
  • Sedikit perasa pandan + pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda, serbuk penaik) ke dalam satu bekas.
  • Campurkan bahan basah (santan, minyak, pewarna, perasa pandan) ke dalam satu bekas.
  • Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
  • Akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau. Boleh dibeli di Tesco tempat ubat atau di farmasi.
  • Rehatkan 5 minit (cukup masa untuk ENO bertindak mengeluarkan buih)- mungkin tak berapa nampak, tapi adunan nanti akan kurang likatnya.
  • Masukkan ke dalam bekas muffin, bakar selama 30 minit, 160C. Untuk perasa lain boleh cuba contoh di bawah. Sebenarnya, kukus lagi sedap. Kalau bakar kering sangat la pulak.
  • Pilihan 1: Banana Muffin
    Ramuan: 2 biji pisang kecil + 3/4 cawan susu soya
  • Pilihan 2: Apple Muffin
    Ramuan: 4 sudu besar sos epal Bramley + 3/4 cawan susu soya
  • Dari resipi ni, macam-macam perasa boleh buat. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN