Pak Choy Oyster With Shitake Mushroom

Cepat & mudah!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pak Choy Oyster With Shitake Mushroom

Cepat & mudah!

BAHAN-BAHAN

  • Pak choy (boleh diganti dengan sawi)
  • Cendawan shitake (boleh guna yang segar atau kering)
  • Tauhu Jepun – digoreng (jika suka)
  • 2-3 biji bawang putih – dicincang kasar
  • 3-4 sudu besar sos tiram
  • Stok ayam (kalau tiada boleh guna kiub ayam)
  • Air (kalau guna stok, tak perlu la guna air lagi)
  • Minyak – menumis
  • Garam (jika suka)
  • 3-4 titik minyak bijan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang putih yang telah dicincang kasar. Tak perlu sampai terlalu garing.
  • Masukkan stok ayam ataupun air. Sekiranya tiada stok, masukkan sedikit kiub ayam.
  • Masukkan sos tiram dan biarkan ia mereneh seketika. Boleh masukkan minyak bijan sekiranya suka.
  • Masukkan cendawan shitake dan tauhu yang telah digoreng terlebih dahulu. Sekiranya menggunakan cendawan kering, rendam dalam air suam 10-15 minit sebelum memasak.
  • Akhir sekali, masukkan sayur pak choy dan biarkan ia layu sedikit sebelum tutup api. Kalau kuah tu nak pekat, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau seketika.
  • Saya tak tambah garam sebab sos tiram & stok tu dah rasa masin. Tapi ikut selera masing-masing la. Kepada sesiapa yang suka masin, boleh la tambah garam lagi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago