Menu macam kat hotel tu…. (gambar dari laporan masakan)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pak Choy Masak Sos Tiram

Menu macam kat hotel tu…. (gambar dari laporan masakan)

BAHAN-BAHAN

  • Basuh sebelum potong:
  • 1 bekas air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Bahan untuk masak:
  • – 2 sudu kecil minyak masak/zaitun –
  • – Halia (sebesar ibu jari) dipotong/racik halus
  • – 2 ulas bawang putih diracik halus
  • – 5 sudu besar sos tiram (ikut rasa)
  • – gula secukup rasa
  • – 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan sayur tersebut dan rendamkan ia sekejap dalam bekas yang berisi air dan dicampurkan dengan minyak masak (supaya sayur kelihatan segar ketika dimasak dan mengelakkan zatnya hilang)
  • Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan sayur tersebut dan kuali tersebut ditutup dengan penutup (‘stir-fry’). Biarkan selama 3 minit.
  • Kemudian, masukkan gula (secukup rasa) dan air. Biarkan selama 3 minit.
  • Akhir sekali, masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dicairkan. Biarkan sekejap dalam 3 minit.
  • Ok, dah siap untuk dihidangkan….

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN