Resepi yang sangat ringkas. Orang bujang pun boleh buat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pajeri Terung Mama

Resepi yang sangat ringkas. Orang bujang pun boleh buat.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji terung size sederhana

    2 ulas bawang merah

    1 ulas bawang putih

    4 biji cili kering

    2 sudu makan kerisik

    1 sudu makan serbuk kari

    1/2 cawan santan

    sedikit air

    minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN
  • 1. Bersihkan terung dan potong memanjang

    2. Panaskan minyak dan goreng terung. Bila terung dah nampak kuning-kuning bolehlah diangkat. Gunakan kitchen towel, toskan minyak terung.

    3. Blender bawang merah, bawang putih dan cili kering dgn sedikit air.
    4.Panaskan kuali, letak 2 sudu besar minyak masak. Bila minyak dah panas, masukkan bahan blender tadi. Goreng sampai terbit bau.

    4. Campur serbuk kari yang dibancuh dgn sedikit air panas. Biar sekejap sampai nampak garing.

    5. Campur santan dan air. Biarkan mendidih.

    6. Campurkan kerisik dan kacau. Biar kuah pekat.

    7. Letak garam dan gula secukup rasa.

    8. Tutup api. Terung yang sudah ditos minyak tadi dicampur dalam kuah dan kacau-kacau sedikit.

    Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN