Resepi pajeri terung ni dari mak, tapi dah modified skit supaya mudah , ringkas & cepat..ia pun salah satu set Nasi Tomato Express (Aslieya’s Recepi)..Cubala..sure menjadi, rasa x lari… ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pajeri Terung Express (Aslieya’s Recepi)

Resepi pajeri terung ni dari mak, tapi dah modified skit supaya mudah , ringkas & cepat..ia pun salah satu set Nasi Tomato Express (Aslieya’s Recepi)..Cubala..sure menjadi, rasa x lari… ;)

BAHAN-BAHAN

  • ~Bahan Utama~
  • 2 biji Terung Panjang (sederhana besar) dipotong.
  • ~Bahan A (Dikisar sekali)~
  • 1/2 biji Bawang Besar.
  • 1 ulas Bawang Putih.
  • 1/2 cm Halia.
  • ~Bahan B (Dikisar sekali)~
  • 1 sudu besar Kerisik.
  • 4 sudu besar serbuk kari ikan (selalu pakai cap Babas je).
  • 1/2 kotak santan (kotak yang kecil) campurkan dengan 1/2 cawan air
  • ~Lain2 Bahan~
  • 3 tangkai Daun Kari.
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam & Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan Daun Kari & masukkan bahan A hingga naik bau.
  • Masukkan Bahan B tunggu hingga 15 minit.
  • Masukkan Terung tunggu hingga terung empuk & kuah agak pekat.
  • Masukkan Garam & Gula Secukup Rasa.
  • Kacau sedikit & biarkan 5 minit.
  • Tutup api & bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN