Sesuai juga gantikan dengan nenas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pajeri Terung

Sesuai juga gantikan dengan nenas.

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji terung panjang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
  • Minyak untuk menumis
  • 3-4 biji belimbing buluh (jika suka)
  • 3-4 biji lada hijau (jika suka)
  • 1/4 keping gula melaka
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  • Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jangan sampai terputus.
  • Tumis bahan kisar tadi dengan rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  • Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
  • Rasakan masin manisnya. Kalau ada yang terkurang bolehlah ditambah.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN