Project Description

Bagaimana cara nak masak Pajeri Kedondong?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pajeri Kedondong

Bagaimana cara nak masak Pajeri Kedondong?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 20 biji buah kedondong muda (Dibuang kulit) 
  • 2 sudu makan air asam jawa 
  • 4 cawan santan pekat (1 biji kelapa) 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 2 sudu makan gula merah 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B 
  • 6 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 sudu makan udang kering 
  • (Bawang merah, bawang putih bersama udang kering ditumbuk kasar)
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 sudu makan rempah kari daging 
  • 3 sudu makan air 
CARA PENYEDIAAN
    1. Rebuskan buah kedondong sehingga mendidih dan agak lembut. Kemudian tuskan. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga pecah minyak. Kacau rata. 
    3. Masukkan air asam jawa, santan pekat, buah kedondong yang direbus tadi, kerisik, garam, dan gula merah. 
    4. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. 
    5. Hidangkan bersama nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.