Versi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pai Tee

Versi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit Pai:
  • 1/2 cawan tepung beras – guna cawan penyukat (bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
  • 125 ml air
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Acuan pai tee
  • Inti:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 30 gram udang kering – rendam dan tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sayuran potong memanjang /parut:
  • – 1 batang lobak merah
  • – 1 biji sengkuang
  • – 1 batang timun
  • ********
  • 1/4 cawan kacang tanah (bakar dalam oven)
  • Sos pencicah
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK KULIT PAI:
  • Kulit Pai: Satukan semua bahan-bahan (tepung beras, air, kapur, telur dan garam) dan gaul hingga sebati.
  • Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
  • Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai. Jangan sampai penuh, tinggalkan sedikit ruang di atasnya.
  • Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
  • Biarkan seketika. Jangan keluarkan sampai ia agak masak, jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garpu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat. Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
  • UNTUK INTI:
  • Inti: Tumis bawang putih dan bawang besar. Bila garing, masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun. Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
  • Tabur sedikit kacang tanah ke atasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN