Masakan ala barat..masa siapkan sekitar 1 jam. Sedap untuk seisi keluarga sesuai dibuat musim raya aidiladha..selamat mencuba

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pai Daging Mayonis

Masakan ala barat..masa siapkan sekitar 1 jam. Sedap untuk seisi keluarga sesuai dibuat musim raya aidiladha..selamat mencuba

BAHAN-BAHAN

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
    1 cawan mentega sejuk dipotong dadu
    1 sudu kecil garam
    1sdk gula
    6-8 sdb ais
  • Bahan unt Inti Daging;

    300gm daging segar potong dadu
    1/2 labu bwng besar dipotong hancur
    2ulas bawang putih
    1sdb lada boh
    3sdb kicap pekat
    1sdk jintan manis debu
    1sdk ketumbar debu
    seikat daun sup
    seikat daun ketumbar
    sebatang lobak merah dipotong dadu

  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Cara Buat Inti:

    Panaskan minyak, tumis bawang+bawang putih+jintan +ketumbar debu hingga naik bau.
    Masukkan cili boh dan kicap pekat.Tumis Lagi sehingga lada garing, untuk maniskan sedikit masukkan 1/4 potongan manisan besar.
    Kemudian masukkan daging yang dipotong dadu.Masak hingga daging empuk dan air kering.
    Garam secukup rasa. Hati2 letak garam selalunya kicap pekat dah masin.
    Angkat dan sejukkan.

  • Hiris daun sup dan daun ketumbar serta lobak merah dipotong dadu.Masukkan sedikit perahan limau nipis kedalamnya.Ketepikan.
  • Untuk Doh Pai:

    Gaulkan tepung+garam. Masukkan mentega kiub ke dalam tepung ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
    Bila telah sebati, Masukkan air sejuk batu satu sudu kedalam adunan tadi gaulkan tambah satu sudu ke satu sudu dan uli hingga dapat satu doh yang comel dan licin. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
    Canai doh sehingga nipis agak2 mcm tebal telur dadar lah..Masukkan pada bekas bakar pai untuk bahagian bawah.Ratakan pada bekas dan cucuk dibahagian tengah doh supaya tidak gelembung ditengahnya. Masukkan dalam oven bakar seketika,keluarkan masukkan inti dan hirisan daun ketumbar dan daun sup serta carot yang telah dipotong.
    Curahkan Mayonis (saya guna Mayonis saji).ikut suka banyak

  • Buat tutup pai..Canai doh kedua sehingga mendapat lebar bekas. Letak bekas atas doh kemudian potong ikut body bekas tu.Lebihkan tepi sedikit untuk cantum ngn bahagian bawah pai.Tutup pai gamkan dengan kuning telu yang dipukul sikit.Siap buat belahan tengah-tengah penutup pai untuk membolehkan doh masak rata.
    Bakar sehingga masak.

    260Celcius, 25 minit atau sehingga masak.

  • Selamat mencuba..
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN