Nampak rumit tapi senang bangat …..sedap dimakan begitu sahaja… ala cekodok gitu! buat ibu².. anak² pasti gemarkannya..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Otak² Ikan Lazat
Nampak rumit tapi senang bangat …..sedap dimakan begitu sahaja… ala cekodok gitu! buat ibu².. anak² pasti gemarkannya..
BAHAN-BAHAN
- * 1/2 ikan sardin/ikan kembung (ikut suka) diambil isinya shj
- * 1/2 biji kelapa parut
- * 3/4 ulas bawang merah
- * 1 inci halia
- * segenggam daun kesum dihiris halus
- * 1 biji telur ayam
- * garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Isi ikan yg telah diasingkan dari tulangnya ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mangkuk utk diuli
- Teruskan menumbuk dgn halia,bawang merah dan kelapa parut dan campurkan ke dalam mangkuk isi ikan td
- Gaulkan kesemua bahan sehingga rata
- Masukkan daun kesum yg dihiris halus ke dlm adunan dan terus gaul sehingga sebati
- Tambahkan bahan perasa seperti garam dan gula secukupnya
- Pecahkan telur ayam sehingga adunan boleh dibentuk
- Bentukkan adunan menjadi bulat dan penyekkan seperti begedil sehingga selesai
- Gorengkan ia sehingga berwarna kekuningan.
- Sedia dihidangkan. Anggaran 20 ketul.
- Boleh dimakan sahaja atau dimakan dengan nasi
- P/S:Jika inginkan lebih bnyk,cuma gandakan adunan kpd sekilo ikan dan begitulah sebaliknya. Selamat Mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.