Masakan barat campur Itali (yeke?)
Cuba je la ek.. nanti bagi komen =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Osso Buco

Masakan barat campur Itali (yeke?)
Cuba je la ek.. nanti bagi komen =)

BAHAN-BAHAN

  • 2-3 sudu besar minyak zaitun, boleh ganti dengan minyak biase kalau takde
  • 1 kg daging lembu (bahagian hujung kaki)
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut daging tadi
  • 1 biji lobak merah, dipotong dadu
  • 1 biji bawah merah, dipotong dadu.. kalau suka boleh letak lebih
  • 2 sudu besar tomato pes
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil daun oregano kering
  • 1 atau 2 helai daun bay kering
  • Parutan kulit buah oren.. tak perlu banyak..sket saja dah cukup
  • 2 sudu besar daun parsli yang dipotong, tambah ekstra untuk hiasan
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius.
  • Di dalam mangkuk, gaulkan tepung gandum dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  • Salutkan hujung kaki lembu tadi dengan tepung yang telah digaul.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hujung kaki lembu itu hingga warna kekuningan.. tak perlu masak sangat sebab nanti nak masak dalam oven lagi.. bila dah siap goreng, pindahkan ke dalam bekas untuk dimasukkan ke dalam oven.
  • Kemudian, tumiskan bawang merah tadi sebentar dan masukkan lobak merah.. masak sehingga bawang menjadi lembut.
  • Masukkan tomato pes dan teruskan memasak selama 1 minit.
  • Tambahkan air rebusan ayam, daun oregano, daun bay, parutan kulit oren, garam dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.. Teruskan memasak sehingga mendidih.. Kemudian, tutup api dan tuang kuah itu ke dalam bekas yang mengandungi kaki lembu tadi.
  • Tutup bekas dengan lapisan aluminium dan bakar selama 75 minit sehingga kaki lembu menjadi agak empuk.. Kemudian, tambahkan daun parsli dan bakar tanpa aluminium selama 15-20 minit lagi sehingga kaki lembu lebih empuk dan kuah agak pekat.. Akhir sekali, hiaslah hidangan anda dengan lebihan daun parsli tadi.
  • Selamat menjamu selera.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN