Resipi olahan sendiri. Resipi asal dari Belgium.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Orange Strawberry Truffle

Resipi olahan sendiri. Resipi asal dari Belgium.

BAHAN-BAHAN

  • 250 gram biskut Digestive (kisar halus – pakai biskut Marie pun boleh)
  • 100 gram mentega
  • 2 sudu besar madu
  • 150 gram gula aising
  • 50 gram cip coklat
  • 100 gram badam goreng (dicincang kasar)
  • 50 gram strawberi kering (dadu kecil)
  • 1 biji oren (ambil jusnya)
  • 1 biji parutan kulit oren
  • Sedikit coklat urai
  • Sedikit krim mentega
  • Sedikit butiran gula bintang
CARA PENYEDIAAN
  • Masak mentega dan madu hingga cair. Kemudian masukkan biskut, gula, coklat, badam, strawberi, jus dan kulit oren. Gaul sebati hingga jadi doh.
  • Masukkan adunan ini dalam peti sejuk selama 2 jam.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan buat bebola sebesar bola ping pong. Golekkan dalam coklat urai. Paipkan krim mentega di atasnya. Letakkan gula bintang. Masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Siap untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN