Kek span oren.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Orange Sponge Cake
Kek span oren.
BAHAN-BAHAN
- 1 1/3 cawan tepung gandum
- 1/4 gula kastor
- Secubit garam
- 6 putih telur
- 1 sudu kecil krim tartar
- 1/2 cawan gula kastor
- 6 kuning telur
- 2/3 cawan gula kastor
- 1/2 cawan jus oren
- 1 sudu besar kulit oren
CARA PENYEDIAAN
- Ayak tepung ,1/4 gula dan garam. Ketepikan.
- Di bekas yang lain pukul putih telur, krim tartar dan sedikit demi sedikit gula sehingga pekat. Ketepikan.
- Di bekas yang lain lagi, pukul kuning telur dan 2/3 gula sehingga kuning cerah dan pekat. Campurkan jus oren dan kulit parutan limau. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit .
- Kemudian masukkan putih telur yang dipukul putih tadi gabungkan dengan cara kaup dan balik secara perlahan-lahan.
- Masukkan dalam 10 inci loyang (jangan dilenser kerana untuk membolehkan adunan memanjat tiang loyang untuk naik ke atas). Sedia dibakar. Bakarlah pada suhu 170 C.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.