Hanya perlu 80g krim keju!! Sedap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Orange Cheesecake

Hanya perlu 80g krim keju!! Sedap…

BAHAN-BAHAN

  • 80g krim keju
  • 80g mentega tanpa garam
  • 70g gula halus
  • 2 biji telur (L) (diasingkan putih dan kuning)
  • 1 tin oren
  • 50g gula
  • 110g tepung gandum
  • 20g tepung jagung
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1sudu teh esen perisa oren
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik diayak sekali. Ketepikan.
  • Dalam bekas yang sama, krim keju, gula halus dan mentega diratakan dengan tangan. Setelah adunan rata, gunakan pengadun dan pukul sampai adunan menjadi agak keputihan dan lembut.
  • Masukkan kuning telur dan esen oren.
  • Dalam bekas yang lain, pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan separuh dari jumlah gula dan pukul lagi dalam beberapa minit. Setelah itu masukkan baki gula dan pukul lagi sampai telur benar-benar kembang.
  • Masukkan separuh putih telur yang telah kembang dan separuh bahan yang diayak ke dalam adunan. Kacau rata.
  • Setelah itu masukkan baki putih telur dan bahan diayak dan kacau lagi sampai rata.
  • Setelah adunan rata dan lembut, masukkan separuh adunan ke dalam bekas bakar yang telah diletakkan kertas minyak. Susun buah oren di atas adunan.
  • Masukkan baki adunan ke atas bekas yang telah disusun buah oren tadi. Setelah itu, susun lagi baki buah oren di atas adunan (jadi ada dua lapis buah oren).
  • Bakar pada suhu 180C selama 20 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian bakar lagi pada suhu 160C selama 30 minit.
  • Boleh la keluarkan kek yang telah siap dibakar setelah kek sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN