Variasikan inti kuih tradisional yg juga dikenali buah melaka di sesetengah tempat..lebihan inti boleh dibuat kuih ketayap/gulung

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Onde-Onde Inti Kelapa

Variasikan inti kuih tradisional yg juga dikenali buah melaka di sesetengah tempat..lebihan inti boleh dibuat kuih ketayap/gulung

BAHAN-BAHAN

  • UNTUK INTI:
  • 250g gula Apong/gula melaka
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa
  • UNTUK DOH:
  • 250g Tepung pulut
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya
  • BAHAGIAN LUAR:
  • Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
  • SEDIAKAN INTI:- Kacau goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu. Kacau sehingga gula benar2 cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap,tambahkan sedikit browning sugar. (Jika mahu inti lebih lembap tambakan sedikit air)Padamkan api-inti sedia digunakan
  • UNTUK KUIH:- 1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat2. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis.
  • Jerang air dalam periuk(boleh letakkan daun pandan untuk aroma) sehingga mendidih, masukkan bebola doh berinti tadi dan ia akan timbul setelah masak.
  • Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi.. SELAMAT MENCUBA ^_^

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN