Ikan Nyok nyok ni lembut dan manis isinya, sesuai gak dibuat variasi lain. Kalau masak masakan berkuah, kuah akan jadi “manis” semulajadi. Paling ketara bila masak kari, kuahnya sedap sangat. Nak masuk jenahak ker, ikan merah ker, boleh jer tapi sedikit bantuan dr nyok nyok mengubah rasa masakan anda :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nyok nyok Masak Asam Pedas

Ikan Nyok nyok ni lembut dan manis isinya, sesuai gak dibuat variasi lain. Kalau masak masakan berkuah, kuah akan jadi “manis” semulajadi. Paling ketara bila masak kari, kuahnya sedap sangat. Nak masuk jenahak ker, ikan merah ker, boleh jer tapi sedikit bantuan dr nyok nyok mengubah rasa masakan anda :D

BAHAN-BAHAN

  • 1 ketul kepala ikan atau 2 keping isi nyok nyok
  • # 1 labu bawang besar
  • # 3 ulas bawang putih
  • # 1 inci belacan
  • # 5 tangkai cii kering, kalau x mau pedas blh kurangkan
  • # Sejemput ikan bilis
  • 2 tangkai bunga kantan – potong memanjang
  • Segenggam daun kesum
  • 2 cwn air
  • 1 keping Asam gelugor @ asam keping
  • Garam dan perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan bertanda # diblender.
  • Di dalam periuk, masakkan setengah cawan air dengan bahan blender hingga hampir kering. Kemudian masukkan baki air. Biarkan didih.
  • Masukkan ikan, asam keping. Biarkan didih. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, garam dan perasa. Biar didih. Perasakan semua rasa. Dah siap !! Makan panas2 dgn nasi or ratah pon boleh :D

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN