NesLo Chocolate Chip Cookies

Bittersweet chocolate chip cookies perasa Nescafe-Milo. Sesuai buat penggemar kopi dan mocha.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

NesLo Chocolate Chip Cookies

Bittersweet chocolate chip cookies perasa Nescafe-Milo. Sesuai buat penggemar kopi dan mocha.

BAHAN-BAHAN

  • 2½ cup tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 cawan salted butter, dilembutkan (kalau gunakan unsalted butter pun boleh, tambahkan saja ½ sudu kecil garam)
  • 1½ cawan gula perang (light brown sugar)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 biji telur
  • 1 packet 340g Hershey’s Semi-Sweet Chocolate Chips (atau 2 cawan chocolate chips pilihan sendiri)
  • 5 sudu besar serbuk Milo
  • 5 sudu besar Nescafe Gold freeze-dried soluble coffee powder (atau kopi pilihan sendiri)
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 cawan kacang almond atau hazelnuts (jika suka. saya tak letak kacang)
CARA PENYEDIAAN
  • Larutkan serbuk kopi dgn air panas. Ketepikan.
  • Ayak tepung, serbuk Milo, baking soda dan garam (jika guna unsalted butter).
  • Pukul butter, gula, esen vanila hingga berkrim. Masukkan telur dan air kopi tadi. Pukul perlahan sambil masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Masukkan chocolate chips dan kacang (jika guna) dan gaulkan dengan spatula (atau sudu besar).
  • Gunakan satu sudu kecil dan letakkan adunan ke atas loyang yang sudah digris. Jangan terlalu rapat kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Bakar dalam suhu 160°C selama 15-20 minit, atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing2.
  • Sejukkan biskut yang dibakar di atas wire rack sebelum disimpan didalam botol ketap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago