Resipi Tok Dah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ulam Utara

Resipi Tok Dah

BAHAN-BAHAN

  • Bahan utama: 2 cawan beras ditanak mjadi nasi (bila nasi dh masak, gaulkan dgn sedikit garam)
  • Bahan A: Ulam-ulaman
    Beberapa helai ulam-ulaman berdaun spt daun gajus, putat, mengkudu, kaduk , kunyit, selom, daun sekentut, pegaga, ulam raja, dll (yg mana anda suka dan senang dapat)
  • Beberapa batang kacang panjang, kacang botol@kacang kelisa
  • 4 ulas bawang merah (kecil)
  • Bahan B: 2 batang serai
  • 2 biji cili padi
  • 1 inci lengkuas muda
  • 1 inci halia muda
  • 1 sudu teh lada hitam (biji) atau 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Bahan C: 1 keping isi ikan talang kering@ikan kurau kering – direndam dan digoreng garing
  • 1 cawan kelapa putih parut – digoreng keemasan
CARA PENYEDIAAN
  • Mayang halus ulam-ulaman bahan A. Potong nipis kacang panjang dan kacang botol@kacang kelisa.
  • Tumbuk bahan B dengan lumat. Tumbuk bahan C. Kelapa goreng tu jadikan serbuk jgn smpai pecah minyak pula.
  • Satukan kesemua bahan A, B dan C bersama nasi ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan perasakan dengan garam.
  • Sedia dimakan bersama sayur keladi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN