Nasi Sadiyya

Asal dari negara padang pasir tapi diolah bagi menyesuaikan dengan bahan-bahan tempatan kita.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Sadiyya

Asal dari negara padang pasir tapi diolah bagi menyesuaikan dengan bahan-bahan tempatan kita.

BAHAN-BAHAN

  • 6 cawan beras Bhasmati ( direndam dengan sedikit garam selama sejam)
  • 10 ketul ikan yang dipotong dan dibersihkan, dilumur dgn garam kunyit
  • ( disyorkan ikan kerapu, ikan merah, jenahak atau jenis lain yang sewaktu dengannya)
  • 3 bawang besar ( dihiris tipis dan digaul sedikit garam )
  • 2 sm halia – hiris nipis
  • 7-10 bawang putih- hiris nipis
  • 5 biji tomato – dicincang
  • 2 atau 3 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 cili hijau- dipatahkan
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar perahan air limau nipis-dicampurkan dengan sedikit garam dan gula
  • Minyak yang secukupnya untuk menggoring ikan
  • 2 sudu kecil garam untuk memasak nasi
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan digoring hingga masakgaring
  • Menggunakan minyak yang sama, goringkan hirisan bawang besar hingga keperangan
  • Ambil 3 atau 4 sudu besar minyak tersebut dan tumiskan halia, bawang putih, lada hijau, jintan dan lada hitam.
  • Masukkan pula bancuhan serbuk rempah kari ikan. Tambah air supaya tidak terlalu kering
  • Campurkan tomato cincang dan kacau rata hingga naik minyak
  • Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau sekejap.
  • Pindahkan ke periuk nasi elektrik. Masukkan air yang mencukupi untuk menanak nasi. Juga jangan lupa masukkan garam.
  • Bila hampir kering tuangkan perahan air limau dan kacau rata.
  • Masukkan ikan goring tadi serta bawang goring
  • Rasakan garamnya dan tutup rapat tudung periuk.
  • Sedia untuk dihidangkan selepas 10 minit. Hiaskan dengan daun rempah dan taburkan sedikit bawang goring

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago