resipi yang berasal dari India utara ni sedap dimakan dengan raita timun.sangat baik untuk kesihatan kerana ia membantu penghadaman dan kaya dengan zat besi & fibre.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Pudina (Pudina Pulao)
resipi yang berasal dari India utara ni sedap dimakan dengan raita timun.sangat baik untuk kesihatan kerana ia membantu penghadaman dan kaya dengan zat besi & fibre.
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan beras basmathi
- 2 cawan daun pudina segar
- 1 labu bawang besar,potong dadu
- 4 biji cili hijau
- ¼ cawan kelapa parut
- 1 sudu besar pes halia&bawang putih
- 4 biji bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 1 inci kayu manis
- 1 bunga lawang
- 1 bayleaf (daun salam)
- 1 sudu besar minyak sapi
- segenggam gajus
CARA PENYEDIAAN
- masak nasik agar seroi
- Blendkan cili hijau.kelapa parut dan pudina menjadi pes
- Panaskan minyak sapi dalam kuali dan gorengkan gajus hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan atas tisu dapo.
- Dalam kuali yang sama,masukkan cengkih,buah pelaga,bunga lawang, kayu manis & bayleaf dan kacau selama seminit.Jangan smpai terhangit.
- Masukkan bawang besar dan kacau hingga naik bau dan berwarna lutsinar
- Masukkan pes halia& bawang putih dan pes cili,kelapa & pudina dan kacau hingga 2-3 minit sehingga naik bau
- Masukkan nasik yang telah disejukkan dan gaulkan hingga sebati
- Hiaskan dengan gajus yang telah digoreng dan hidangkan bersama raita timun.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.