Bagaimana cara nak masak Nasi Padprik?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Padprik
Bagaimana cara nak masak Nasi Padprik?
BAHAN-BAHAN
- 4 cawan nasi sejuk (Diperoi)
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 6 biji cili api (Diketuk)
- 2 sudu makan pes tomyam
- 5 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 batang serai (Diketuk)
- 300 g sotong (Dipotong)
- 300 g udang (Dibuang kulit)
- 100 g kacang snow pea
- 2 helai daun limau purut (Dikoyakkan)
- Sedikit air
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Apabila sudah kekuningan, masukkan cili api.
- Masukkan pes tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram, serai, dan sedikit
air. - Apabila menggelegak, masukkan sotong, udang, kacang snow pea,
daun limau purut, dan garam. - Biarkan mendidih sekali lagi.
- Hidangkan bersama nasi putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.