Resepi google
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Mandy Ayam
Resepi google
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 1 Ekor ayam belah 8
- 1 st serbuk ketumbar
- 1 st serbuk jintan manis
- 1 st serbuk jintas putih
- 1 st serbuk kunyit
- 1/2 inci halia – ketuk
- garam dan gula secukup rasa
- air dalam 1 liter
- Bahan B
- 5 cawan beras basmati – rendam 20 minit
- 2 labu bawang besar – potong dadu *
- 5 ulas bawang putih – mayang *
- 1/2 cawan mentega/ minyak sapi
- 1 biji tomato – dadu *
- kulit kayu manis – *
- bunga lawang – *
- buah pelaga – *
- garam dan gula secukup rasa
- 6 cawan air rebusan / stok ayam ( dari bahan A )
- 1 ketul arang yang telah dinyalakan ( bungkus dalam aluminium foil )
CARA PENYEDIAAN
- Rebus semua bahan A hingga ayam betul-betul masak.
- Bila dah masak…toskan ayam. Ayam perlu disapu dengan sedikit minyak..ketepikan.
- rendam beras dalam masa 20 minit…x rendam pun ok juga…
- Tumiskan semua bahan yang bertanda * dengan mentega atau minyak sapi ( saya guna mentega sebab x suka bau sapi:)
- bila dah naik bau, masukkan beras tadi goreng sekejap- gaul sebati
- masukkan air rebusan ayam tadi ( Bahan A ) – gaul dan tunggu hingga kering- kecilkan api ( masak macam nasi biasa )
- bila dah dekat nak masak, buka penutup periuk..buatkan lubang ditengah-tengah nasi, pastu masukkan arang yang dibungkus dengan aluminium foil tadi, pastikan arang dibakar dulu ya. letak arang dan buka aluminium foil supaya asap keluar…
- susun ayam yang disapu dengan minyak atas nasi..atau nak tanam dalam nasi pun boleh. tutup semula periuk. masak seketika hingga nasi betul-betul masak…
- arang tadi akan berasap dan diserap oleh nasi..bau die memang ummmmmmmmmm…..pehtua: JGN DOK BUKA KERAP TUDUNG PERIUK TU SEBAB ASAP AKAN LARI KELUAR…
- Nampak macam cerewet kan..tapi senang saja….dan yang penting SEDAPPPPPPPP sgt…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.