Nasi Lemak Terengganu

Nasi Lemak Ikan Tongkol adalah masakan Terengganu. Di bawah hanya resipi untuk ikan tongkol masak pedas sahaja. Untuk membuat nasi lemak sila rujuk resipi juns11

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Lemak Terengganu

Nasi Lemak Ikan Tongkol adalah masakan Terengganu. Di bawah hanya resipi untuk ikan tongkol masak pedas sahaja. Untuk membuat nasi lemak sila rujuk resipi juns11

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tongkol yang besar – dipotong keping-keping besar
  • Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit belacan (kalau ada)
  • Air asam jawa
  • Garam, gula sesedap rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kepingan ikan tongkol yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan. (Jangan lama takut lembik).
  • Goreng ikan tersebut dalam minyak (supaya ikan pejal dan tidak hancur).
  • Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
  • Dalam kuali yang lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  • Masukkan belacan, air asam jawa, sos tomato, garam, gula.
  • Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang. Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago