simple je…selalu buat nasi lemak ni…:)….boleh la cuba…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Lemak Simple
simple je…selalu buat nasi lemak ni…:)….boleh la cuba…
BAHAN-BAHAN
- Bahan A (utk nasi)
- 3 cawan beras
- 1 biji kelapa tua(ambil santan pekatnya 1 cawan,or pakai santan segera pun boleh juga)
- secubit garam
- 1 cm halia (di hiris halus)
- Bahan B (utk sambal)
- 15 biji cili kering*(rebus terlebih dahulu selama 10 minit)
- 2 biji bawang bombay besar*(guna bawang besar biasa or bawang merah pun boleh jg)
- 5 biji cili padi*(yg suka pedas tu,lebihkan la cili padi tu ye..)
- 1 batang serai*
- sedikit belacan*(bakar terlebih dahulu)
- 1 sudu makan air asam jawa pekat
- gula pasir
- garam
- telur rebus(berapa biji je yg korang suka)
- kacang tanah yg telah di goreng dengan minyak
- ikan bilis yg sdh d goreng
CARA PENYEDIAAN
- mula2 sekali..masak nasi seperti biasa ke dalam rice cooker,basuh beras,masukkan semua Bahan2 A,dan tambahkan air sehingga sesuai dengan kuantiti beras.
- kisar semua bahan yg bertanda *,
- panaskan kuali,masukkan setengah cawan minyak masak dan tumiskan bahan2 yg telah di kisar.
- selepas 5 minit,masukkan air asam jawa.tambahkan gula pasir dan garam secukup rasa.masak lagi selama 10 minit.
- setelah siap masak,boleh la di hidangkan bersama telur rebus,kacang tanah,ikan bilis,timun atau pun bawang besar.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.